Wednesday, 31 October 2012

40 NASEHAT SAIYIDINA ALI


Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali sebagaimana yang terdapat idalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a. :

1.       Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda.
2.       Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran
3.       Kebesaran  seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging
4.       Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin
5.       Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak-anakmu akan menjagai kamu
6.       Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepecayaan terhadap Allah
7.       Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau keangin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil
8.       Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan
9.       Ilmu adalah lebih baik dari pada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangakn ilmu menjaga kamu
10.   Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang
11.   Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam
12.   Mengajar adalah belajar
13.   Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin
14.   Insan terbahagi kepada 3 :
q       mereka yang mengenal Allah
q       mereka yang mencari kebenaran
q       mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15.   Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah
16.   Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah
17.   Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain
18.   Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya
19.   Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati
20.   Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.
21.   Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas
22.   Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya
23.   Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta
24.   Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas kehilangan hartanya
25.   Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya
26.   Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat
27.   Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran
28.   Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba
29.   Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa
30.   Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan
31.   Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan
32.   Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat
33.   Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar
34.   Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan
35.   Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah
36.   Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya
37.   Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2
38.   Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan
39.   Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya
40.   Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.



From :  "hanapiah abu khalifah" <h_piah@hotmail.com>

Sharifah Ennie Suhaina Syed Agel
Internal Audit
ext. 03-21602590


25 NASEHAT LUQMAN AL-HAKIM



Dengan apa yang telah diterangkan oleh AL-Quran berhubung dengan Luqman Al-Hakim para ulamak telah memperincikan lagi perbicaraan Luqman dengan anak-anaknya. menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Ruhul Ma'ani dan Kitab Hidayatul Mustarsyidin bahawa Luqman telah memberikan anaknya dua puluh lima wasiat iaitu :

1.       Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam dan banyak  manusia yang karam di dalamnya.  Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

2.       Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, yakin dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah S.W.T. Orang yang insaf dari kesalahan setelah menerima nasihat daripada orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah S.W.T. jua.

3.       Hai anakku!  Orang yang merasa dirinya lebih rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawadhuk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.

4.       Hai anakku!  Seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya itu sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.

5.       Jauhilah dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di waktu siang dan hina di waktu malam.

6.       Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka.  Takutlah kepada Allah dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa dari rahmat Allah S.W.T.

7.       Hai anakku! Seseorang pendusta itu akan lepas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang, dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah bahwa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalnya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang-orang yang tidak mahu mengerti.

8.       Hai anakku!  Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat, tetapi adalah lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran tetangga yang jahat.

9.       Hai anakku!  Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan utusan melalui orang bodoh dan jahat.  Maka bila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sajalah yang menjadi utusan.

10.   Jauhilah sejauh-jauhnya sifat berdusta, sebab berdusta itu ketika sekali mengerjakannya bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta yang dilakukan akibatnya dan bahayanya amat besar.

11.   Hai anakku!  Bila engkau menghadapi dua pilihan, menziarahi orang mati atau menghadiri mailis perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih menziarahi orang mati.  Sebab menziarahi orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada akhirat, sedangkan menghadiri majlis perkahwinan itu hanyalah akan mengingatkan kamu kesenangan duniawi sahaja.

12.   Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu, dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja.

13.   Hai anakku!  Janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya, dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya.  Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan belum tentu yang pahit itu mendatangkan musibah.

14.   Makanlah makananmu bersama-sama orang yang takwa, dan musyawarah segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.

15.   Hai anakku!  Bukanlah suatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya.  Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu api, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya padahal dia masih terus mengumpulkannya.

16.   Hai anakku!  Apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannya.  Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau, maka bolehlah engkau ambil sebagai kawan, dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

17.   Perbaikkanlah tutur katamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang yang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.

18.   Hai anakku!  Apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.

19.   Jagalah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau sanjungan dari orang lain, kerana penguasaannya itu akan menyebabkan diri kamu beroleh.

20.   Hai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri.  Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu akan mendatangkan manfaat kepada orang lain.

21.   Hai anakku!  Janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan Allah bukannya untuk urusan dunia sahaja.  Tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.

22.   Hai anakku!  Janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.

23.   Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, siapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun, dan barangsiapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal.

24.   Hai anakku!  Bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disirami air hujan.

25.   Hai anakku!  Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhirat.  Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain.  Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Jangan engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan aniayakan diri kamu.


Wallahu'alam

From :  Kader Ibrahim <kader@mailsvr.boc.com.my>
Dipetik dari majalah : We Care, 1997

Ibnu Abas berkata bahawa Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat adalah orang yang membunuh nabi atau orang yang dibunuh oleh nabi atau membunuh seorang daripada ibu bapanya dan pembuat patung serta orang berilmu yang tidak mendapat manfaat daripada ilmunya." - (Riwayat Baihaqi).



15 PERKARA YANG MENURUNKAN BALA..


Assalamualaikum,

Buat iktibar untuk semua sahabat, berikut adalah terjemahan hadist berkenaan  akhir zaman.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasullullah S.A.W bersaabda;  "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada  mereka, iaitu :

1.       Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. (Kronisma).
2.       Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3.       Zakat dijadikan hutang.
4.       Suami memperturutkan kehendak isteri.
5.       Anak derhaka terhadap ibunya,
6.       Sedangkan si anak berbaik-baik dengan kawannya,
7.       Dan si anak suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8.       Suara sudah ditinggikan didalam masjid.
9.       Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang-orang yang terhina dikalangan mereka.
10.   Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11.   Arak sudah diminum merata tempat. (Sampai tak jumpa ayat Al-Quran larang  minum arak).
12.   Kain sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13.   Para artis-artis disanjung tinggi.
14.   Muzik banyak dimainkan.
15.   Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan, mempersendakan)  generasi  pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.

Hadis Riwayat Tarmizi.

From :   Sumiyyah Kader-CSA046 <Sumiyyah.AbdulKader@motorola.com

12 SIFAT SAHABAT



1.       Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2.       Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3.       Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4.       Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5.       Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6.       Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7.       Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8.       Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9.       Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10.   Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11.   Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12.   Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasaberkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

Wallahua'lam.

From :  "Mazuin Sultan" <mazuin_sultan@net2.aic.com.my>
Petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali

12 BARISAN DI AKHIRAT


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra menghadap Rasulullah saw dan bertanya:"Wahai Rasulullah, tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT : "Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris"  ( Surah an-Naba':18 ). Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: 'wahai Muaz, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaanmereka sendiri'.... Maka ditanyakan apakah 12 barisan tersebut.....
   
BARISAN PERTAMA

Digiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati  tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka..."
   
BARISAN KEDUA

Digiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih : "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan sholat,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keledai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KEEMPAT

Digiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KELIMA

Digiring dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar."Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KEENAM

Digiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   


BARISAN KETUJUH

Digiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah."Mereka itu adalah orang yang engganmemberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KEDELAPAN

Digiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KESEMBILAN

Digiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KESEPULUH

Digiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang durhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KESEBELAS

Digiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi merekamemanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
   
BARISAN KEDUA BELAS

Mereka digiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:"Mereka adalah orang yang beramal saleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara sholat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."


Semoga kita semua di saf yang Ke-12 yang mendapat rahmat dari Allah
SWT....Amin...
WaLLahu 'alam

12 AZAB BILA MENINGGALKAN SHOLAT


Dalam sebuah hadits menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :

1.       Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
2.       Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
3.       Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

1.       Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
2.       Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
3.       Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :


1.       Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
2.       Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3.       Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

1.       Hisab ke atasnya menjadi sangat berat.
2.       Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
3.       Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.