Berikut adalah 40 nasihat
Saiyidina Ali sebagaimana yang terdapat idalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan
Wattabyeen r.a. :
1.
Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada
tenaga seorang muda.
2.
Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran
3.
Kebesaran
seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping
daging
4.
Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal
tidak akan menjadi miskin
5.
Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak-anakmu akan
menjagai kamu
6.
Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak
mempunyai kepecayaan terhadap Allah
7.
Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli
warisnya atau keangin. Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil
8.
Seorang arif adalah lebih baik daripada
arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan
9.
Ilmu adalah lebih baik dari pada kekayaan kerana
kekayaan harus dijagai ,sedangakn ilmu menjaga kamu
10.
Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat
dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang
11.
Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia
daripada membalas dendam
12.
Mengajar adalah belajar
13.
Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah
kamu jadikan keluargamu hina dan miskin
14.
Insan terbahagi kepada 3 :
q
mereka yang mengenal Allah
q
mereka yang mencari kebenaran
q
mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak
mencari kebenaran. Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak
baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing
15.
Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang
bersifat tawadhu' dan lemah
16.
Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan
dosamu terhadap Allah
17.
Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri
adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain
18.
Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa
yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya
19.
Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan
bangun bila ia mati
20.
Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq
dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka
rahsia2 kebenaran itu.
21.
Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya
dan tidak melampaui batas
22.
Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya
23.
Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang
yang meminta
24.
Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak
tidur di atas kehilangan hartanya
25.
Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya
nescaya hilang apa yang mengenainya
26.
Mereka yang mendengar orang yang mengumpat
terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat
27.
Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran
28.
Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah
seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba
29.
Orang yang dengki marah kepada orang tidak
berdosa
30.
Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap
(kepada manusia) adalah suatu kehambaan
31.
Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu
ramalan
32.
Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang
dilihat
33.
Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah
kejahilan yang paling besar
34.
Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang
memalukan
35.
Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan
bersedekah
36.
Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi
lihat apa yang dikatakannya
37.
Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2
38.
Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada
keselamatan
39.
Kebiasaan lisan adalah apa yang telah
dibiasakannya
40.
Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah
mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu
perolehi.
From : "hanapiah
abu khalifah" <h_piah@hotmail.com>
Sharifah Ennie Suhaina Syed
Agel
Internal Audit
ext. 03-21602590
No comments:
Post a Comment