Assalamualaikum,
Buat iktibar untuk semua sahabat, berikut adalah
terjemahan hadist berkenaan akhir zaman.
Daripada Ali bin Abi Thalib
r.a. Rasullullah S.A.W bersaabda;
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan
turun kepada mereka, iaitu :
1. Apabila
harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu. (Kronisma).
2. Apabila
amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat
dijadikan hutang.
4. Suami
memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak
derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan
si anak berbaik-baik dengan kawannya,
7. Dan si
anak suka menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara
sudah ditinggikan didalam masjid.
9. Yang
menjadi ketua satu kaum adalah orang-orang yang terhina dikalangan mereka.
10. Seseorang
dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak
sudah diminum merata tempat. (Sampai tak jumpa ayat Al-Quran larang minum arak).
12. Kain
sutera banyak dipakai oleh kaum lelaki.
13. Para
artis-artis disanjung tinggi.
14. Muzik
banyak dimainkan.
15. Generasi
akhir umat ini melaknat (menyalahkan, mempersendakan) generasi
pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah
atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.
Hadis Riwayat Tarmizi.
From : Sumiyyah
Kader-CSA046 <Sumiyyah.AbdulKader@motorola.com
No comments:
Post a Comment