1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan
melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan
membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa
wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya,
ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan)
daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu,
ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia
akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak
meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan
meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan
membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan
membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih
senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Sungguhpun
begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas.
Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasaberkekalan dan
menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.
Wallahua'lam.
From
: "Mazuin
Sultan" <mazuin_sultan@net2.aic.com.my>
Petikan
"Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali
No comments:
Post a Comment