Dengan Nama Allah yg Maha
Pemurah lagi Maha Mengasihani
BACALAH - RENUNGILAH -
KEMUDIAN TERUS BERAMAL
1.
Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah
untuk bersolat pada waktunya walau bagaimana keadaan sekalipun.
2.
Bacalah Al-Quran, atau tatpilah buku-buku, atau
pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah Zirullah, dan
janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam
perkara-perkara yang tidak berfaedah.
3.
Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur
dalam Bahasa Arab yang betul (Fusha), kerana bahasa Arab yg betul itu adalah
merupakan syiar-syiar Islam.
4.
Janganlah banyak berselisih dalam apa-apa perkara
sekalipun kerana perselisihan kosong itu tidak memberi sebarang apa kebaikan
jua pun.
5.
Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang
sentiasa berhubung dengan Allah itu, sentiasa tenang lagi tenteram.
6.
Jangnlah banyak bergurau kerana umat yang sedang
berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7.
Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada
kadar yang dikhendaki oleh para pendengar, kerana percakapan yang nyaring
begitu adalah suatu tabiat yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
8.
Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang,
mengecam pertubuhan-pertubuhan lain, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa
yang boleh memberi kebajikan.
9.
Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara
seAqidah yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara
mengenalinya; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan
berkenal-kenalan.
10.
Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada
masa yang ada pada kita; oleh itu, bantulah saudaramu sendiri tentang cara-cara
bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas
sendiri maka segerakanlah perlaksanaannya.
From : "PUTERA ISLAM" <perpis76@yahoo.com>
No comments:
Post a Comment