Wednesday, 31 October 2012

SURAT UNTUK MUSLIMAH SEJATI


Assalamualaikum WBT.
DALAM kita meniti hari untuk menegakkan agama Islam kadangkala timbul rasa bimbang untuk berjuang. Ini adalah kerana bisikan-bisikan syaitan yang selalu cuba melemahkah semangat yang ada dalam diri.

Izinkan saya untuk menyingkap kembali sejarah pada zaman Nabi untuk menaikkan semangat para muslimah sekalian yg saya hormati. Sesungguhnya setiap perjuangan ada kebenaran, dan setiap itulah ada perbagai ujian yang telah dijanjikan oleh Allah Ta'ala.

Betapa tawakkalnya Siti Mariam sewaktu melahirkan Nabi Isa a.s di tengah padang pasir yg tandus. Beliau dilempari kata2 nista, dicemuh dengan pelbagai tuduhan. Namun dengan berkat tawaduknya terhadap Yang Maha Esa dia yakin bawa dirinya adalah benar, akhirnya Allah izinkan Nabi Isa a.s yang masih merah itu bersuara membantu ibunya. Begitu juga pengorbanan Siti Fatimah Az-Zahrah yang sering ditinggalkan suaminya Saidina Ali r.a? Tidak pernah rasa timbul keluh resah dalam dirinya malah senantiasa bersabar dalam usaha membesarkan kedua ankany iaitu Saidina Hassa dan Hussein. Setiap hari melangkah sejauh dua batu di tengah padang pasir untuk mengambil air. Sabar dan redha jadi pakain dirinya.

Bagimana pula dengan pengorbanan Siti Khadijah yang paling hampir dengan Rasulullah pun ditimpakan dengan ujian. Beliau tetap bersama dengan Rasullah sewaktu pemulauan terhadap Bani Hashim selama tiga tahun. Dalam masa itu beliau hanya memakan rumput2 kering untuk mengalas perut. Itulah hakikat ujian, bukan untuk menghina namun untuk meningkatkan iman didalam dada.

Nah! sejauh mana pengorbanan kita? Cinta itu adalah pengorbanan, tidak ada cinta jika tidak ada pengorbanan untuk yang dicintai iaitu Allah dan Rasul.

Banyakkan rasa bersyukur dengan membanyakkan amal taqwa. Bertaqwalah kepada Allah dalam apa setiap yang kita lakukan. Burulah ilmu sebagaimana Saidatina Aisyah r.a yang terkenal dengan kealimanya dan banyak menghafaz hadis2 hingga menjadi tempat rujuk pada sahabat2 dalam sesuatu masalah.

Sekilas pandang ke zaman silam, walaupun kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka, tetapi ada cita-cita untuk memiliki jiwa-jiwa mereka. kerana jiwa yang bangun lahiriahnya InsyaAllah akan terbangun. Mengimbau sejarah, semoga fizikal kita canggih selari era terkini, jiwa kita sekental wanita salafussoleh  dan akan lahir srikandi sejati.

Sebelum saya mengakhirkan kata izinkan saya memetik salah satu mutiara hikmah dari Siti Aisyah untuk dijadikan renungan : "Sifat mulia ada sepuluh, terdapat pada lelaki tetapi tidak ada pada ayahnya, dan terdapat pada hamba belian tapi tidak ada pada tuannya. Sifat2 itu dibahagikan oleh Allah Ta'ala kepada sesiapa saja yang dikasihiNya. Iaitu; benar pembicaraannya, dibenarkan orang, memberi kepada yang meminta, membalas dengan layak segala perbuatan, bersilaturrahim,
memelihara amanah, menjaga keamanan tetangga, menjaga keamanan teman dan memuliakan tamu. Yang lebih utama dari sifat diatas ialah malu."


From : Rose <srose@csam.com.my>

No comments:

Post a Comment